Sunday, June 20, 2010

TeamBuilding Training di Glory Beach Resort, PD

Assalamualaikum wrmt wbkt,



Allhamdullilah, syukur kehadrat Allah SWT, tuhan semesta sekelian alam yang telah sama - sama memberikan kita nikmat untuk meneruskan kehidupan kita pada ketika ini.


Syukur juga kepada Allah, berkat keizinannya dapat kami ahli-ahli keluarga Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor untuk bersama-sama "bermua'ayasah" dan berkursus dalam program Team Building " Be the Winning Team" pada 18 ~ 20 Jun 2010 yang lalu. Kami merasakan banyak nostalgia dan nostalgila indah yang kalian sama-sama pelajari walaupun ada diantara kita yang telah bersama-sama membangunkan visi dam misi KUIS semenjak dari KISDAR lagi. Mungkin baru semalam kita mengenali sahabat sefakulti kita.




Semoga program-progam sebegini dapat mentautkan hati-hati kita dan ukhuwah serta tali silratulrahim kita seterusnya membagunkan semangat dan jatidiri kita untuk kebaikan bersama. Bersama ini disertakan gambar-gambar dan pose2 menarik dari rakan-rakan di FPM.


Kami juga ingin merakamkan jutaan terimakasih dan Jazakallahu khairan katihira kepada semua pihak yang terlibat terutama pihak pengurusan fakulti dan pengurusan KUIS, Pengarah dan jawatankuasa program serta kakitangan yang terlibat.


Semoga Allah terus memberkati perjalanan hidup kita. Insya Allah.




MFI